Produk

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Serunding Bestway

Bestway adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh sekumpulan sahabat yang bercita-cita tinggi untuk berpatisipasi dalam bidang perniagaan negara ini. Malaysia, seperti yang kita maklum, adalah sebuah negara yang aman dan makmur. Dalam keadaan ekonomi yang stabil pada ketika ini mendorong saya dan beberapa orang sahabat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, kini Bestway telah mempunyai produk yang tersendiri, iaitu serunding. Serunding ini ada dua jenis, iaitu ayam dan daging.

Perniagaan serunding telah pun dimulakan di Kuching, Sarawak secara kecil-kecilan semenjak tahun 2008. Alhamdulillah, produk ini mendapat sambutan hangat di kalangan warga tempatan walaupun dengan hanya menjalankan promosi dengan kaedah tradisional. Kini, Bestway telah mengorak langkah dengan menggunakan kaedah moden iaitu secara online dalam memasarkan produk ini.

Amat mengejutkan kami apabila sambutan yang menggalakkan kami terima setelah produk ini diperkenalkan melalui blog dan laman facebook. Tempahan demi tempahan dibuat oleh pelanggan sekitar Kuching, dan tempahan ini menjadi semakin rancak jika hampir dengan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat masakini gemar membeli barangan secara online, kerana ia mudah dan menjimatkan masa.

Berkenaan dengan produk ini, kami di Bestway mengimport serunding nun jauh dari negeri Kelantan Darul Naim. Dikilang dan diproses secara tradisional di sebuah kampung di negeri Cik Siti Wan Kembang, serunding Bestway masih tetap mengekalkan kesedapan, kualiti dan rasanya yang sedap dan menyelerakan. Kaedah dan resepi rahsia tradisional yang diwarisi oleh keluarga pengeluar serunding ini menjadikan ia serunding yang paling digemari di negeri Kelantan. Ramai yang membuat tempahan dan produk ini telahpun menembusi pasaran seluruh negara. Disebabkan keenakan, kualiti dan kesegaran daging yang digunakan, menjadikan ia serunding yang digemari seluruh negara.

Kini, Bestway muncul untuk memasarkan produk ini di Kuching, untuk memudahkan warga Kuching khususnya dan Sarawak amnya untuk menikmati kesedapan serunding ini. Tempahan untuk serunding ini boleh dibuat sekarang, sama ada untuk dimakan ketika berbuka ataupun untuk Hari Raya yang akan datang.

Serunding Bestway, Tradisi Berzaman Sedapnya Tiada Tandingan!



Serunding 'ORI' dari Kelantan, khas di bawakan untuk anda terutamanya dari Kuching, dan seluruh SARAWAK...Di jamin SEDAP & BERKUALITI....

Boleh di dapati dalam kandungan 250 gram yang berharga dan 500 gram daging dan ayam

DAGING
250 g : RM 19.00
500 g : RM 37.00

AYAM
250 g : RM 20.00
500 g : RM 40.00

Tempahan dalam kuantiti banyak, inshALLAH akan mendapat diskaun harga. Tempahan boleh di buat melalui

Saudara Asri B Sapiee : 016-857 6778
E-mail : best_way80@yahoo.com
Lokasi Produk : Kuching/Petra Jaya

Edaran BESTWAY ENTERPRISE...semenjak tahun 2008...