Kisah-Kisah Menarik

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Permulaan awal saya terlibat dalam bisnes internet ini adalah pada awal tahun 2010. Pada ketika itu, saya memulakan bisnes Minyak Morhabshi secara kecil-kecilan. Saya menempah pakej minyak tersebut dengan Cikgu Azman setelah tertarik dengan khasiat dan plan pemasarannya.

Sebelumnya, saya hanya membaca sahaja kisah-kisah mengenai kejayaan beberapa individu setelah menceburi bidang perniagaan internet. Pada mulanya saya kurang yakin dengan kisah-kisah tersebut. Mungkin kisah tersebut hanya kisah rekaan sahaja, demikian pada anggapan saya pada ketika itu. Namun setelah melihat dengan mata kepala sendiri kejayaan seorang jutawan bernama Irfan Khairi, saya menjadi teruja untuk cuba menceburkan diri ke dalam bidang perniagaan online ini. Pelbagai produk disurvey, namun semuanya menawarkan harga yang agak mahal dan pada ketika itu saya kurang berkemampuan untuk mempunyai modal yang besar bagi merealisasikan cita-cita saya.

Setelah puas mencari, akhirnya saya terjumpa laman web Minyak Morhabshi. Laman web tersebut selain daripada menjual produk, ada juga menawarkan pakej yang berpatutan bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi perniagaan Morhabshi. Dengan modal serendah rm30, saya menempah pakej Morhabshi saya yang pertama sekaligus melayakkan saya menjadi ejen Morhabshi di Kuching, Sarawak.

Pada peringkat permulaan saya memasarkan minyak ini dengan kaedah tradisional, iaitu melalui penceritaan mulut sahaja. Kemudian saya mencuba beberapa teknik pengiklanan online iaitu melalui blog dan facebook. Menakjubkan! Saya menerima banyak tempahan Morhabshi tidak lama selepas itu.

Hasil jualan Morhabshi itu saya simpan dalam tabung. Alhamdulillah, walaupun hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan, saya mampu membuat simpanan sehingga dapat membayar mas kahwin isteri saya serta menampung beberapa kos pernikahan saya tahun lepas.
Demikianlah, sekecil mana pun perniagaan yang kita ceburi, kalau tekun dan yakin, insya Allah akan membuahkan kekayaan dan berkat. Yakinlah dengan ketentuan rezeki yang Allah berikan. Insya Allah.

Salam sukses dari saya! semoga dirahmati Allah.