Perkhidmatan

Ruqyah dan Rawatan Islam


Rawatan Ruqyah bukanlah satu metode pengubatan yang asing lagi di negara kita. Ia sudah mula tumbuh dan aktif di seluruh negara di mana hampir setiap negeri menawarkan perubatan ini bagi alternatif kepada perubatan tradisional bomoh dan dukun yang kadangkala melibatkan penggunaan jin dan sihir.

Sebagai seorang Muslim, penggunaan jin, khadam dan sihir dalam pengubatan dan rawatan penyakit mistik seperti santau, kerasukan, sihir dan lain-lain amat dilarang keras dalam Islam. Walaupun zaman sekarang sudah dilanda modernisasi, namun penyakit-penyakit mistik masih terus wujud seiring dengan perkembangan zaman.

Oleh itu kami hadir dengan menyediakan alternatif rawatan terhadap penyakit-penyakit ini, dengan menggunakan secara terang dan tulin dari ayat-ayat Quran dan doa daripada hadis. Tiada penggunaan jin dan khadam dalam kaedah rawatan kami.

Rawatan ini terbuka kepada seluruh warga Kuching. Temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pesakit dikehendaki menyediakan beberapa bahan yang digunakan dalam rawatan iaitu:

1. Air mineral 2 botol besar
2. Limau nipis 21 biji

Sila hubungi:

Hj Asri b Hj Sapiee 016 8576778
Ust Wan Sudirman b Wan Su 013 5533433

Bayaran seikhlas hati


Urutan Tradisional Melayu

Urut melegakan stress RM35
Urut Batin Lelaki RM50

Email permasalahan anda ke asfaniaga@gmail.com

Semoga Bermanfaat!